ULASAN "THE 22 BEST WRITING TIPS EVER"
Assalamualaikum
dan salam sejahtera. Entri kali ini, saya ingin mengulas tentang tips cara
penulisan terbaik dalam laman sesawang https://www.writingforward.com/writing-tips/the-22-best-writing-tips-ever
Melissa
Donovan, didalam laman sesawangnya mengongsikan satu perkara penting bagi
seorang penulis dalam memulakan penulisan yang terbaik. Pada pandangan saya,
kesemua tips yang dikemukakan oleh Melissa Donovan menjadikan suatu pencetus
bagi menghasilkan karya agung. Walaupun suatu perkara kecil untuk dilakukan
namun kalangan kita kurang memberikan perhatian tentang sesuatu bahasa atau
penulisan yang terbaik. Saya begitu tertarik dengan tips yang kedua iaitu
membaca selagi mana mampu dibaca serta ingat apa yang dibaca. Berdasarkan tips
tersebut, golongan milenial hari ini kurang dalam pembaca karya mahupun buku-buku
ilmiah untuk penulisan yang terbaik. Agak sukar bagi mereka yang kurang dalam
bidang ini. Pengalaman dari membaca itulah yang membuatkan coretan sesuatu
karya. Tips yang dikongsi oleh Melissa Donovan sedikit sebanyak memberikan ilmu
penulisan yang bermakna dalam penghasilan karya cerpen. Setinggi harapan kepada
rakan-rakan pembaca mengilhamkan serta memberi inspirasi menghasilkan karya
penulisan.



Semoga bermanfaat.
ReplyDelete