Pagi yang indah disirami dengan bau daun baharu selepas hujan. Titik-titik butiran hujan masih kelihatan dari jendela, jatuhnya butiran itu dengan tenang membasahi rumput-pumput yang hijau. Bangunku ibarat dunia baharu sahaja lahir dari perut bumi yang dahulunya fana dengan perosak-perosak bumi. Aku ketawa sinis bagai itu cuma satu fantasi dari mimpi. Secawan kopi yang dibancuh menghidupkan lagi aroma pagi. Setiap hirupanku merasai pahit yang dicampur dengan kemanisan kopi menjadi kegemaran pagi yang terang. Tidak salah lagi haruman "Mocha" merasakan sedikit kemanisan. Panasnya masih menaikan wap-wap diudara menyebabkan aku menghembus bagi menyejukkan sedikit apabila menghirupnya. Perasaan diri bermain diminda penuh persoalan yang mencurah-curah memikirkan kaitan dengan kopi yang membawa kemanisan kehidupan?

Comments

  1. Mungkin "mocha" sdr lebih lazat jika dikongsi bersama.

    ReplyDelete
  2. Jika milo diberi adakah inspirasi akan datang dalam diri anda?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi ini kopi yang menjadi inspirasi wahai sdr

      Delete

Post a Comment